BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

IF YOU LOVE ME ONLY IN MY DREAMS, LET ME BE ASLEEP FOREVER


"Be your self in your own way"

Saturday, May 23, 2009

my sinopsis noveL...

hmm..hye,saya nie mmg minat sangat dengan novel secara umumya sastera lar..keke.tym 2ndry skul dlu hari2 saya kebanyakkannya saya habiskan masa dengan membca novel jaa nie..gila kan..pa boleh buat lar lau mmg suda begini minat kn...tapi skg x suda..jarang ada lar..hehe..nie pula sinopsis novel saya yang masih dalam proses untuk disiapkan...ntah bila dapat diterbitkan nie...coz kan skg nie sy masi stdy so x banyak masa tuk saya mau mengarang novel saya nie..saya mula tulis novel nie tym awal tahun 2009...sampai skg hnya hmpir separuh cerita ja yg mampu saya karang..hehe..x per..nanti2 siap juga nie..doakan saya k..oO yer,lagi 1,saya belum lagi nie dapatkan tajuk yang sesuai tuk novel nie..ntah..banyak pula pilihan...lucukan..cerita novel mau separuh jalan suda tapi tajuk pun belum terfikir...argh..x tau suda pa ma taip..baaa,baca saja lar lau berminat...daAa..







Kata orang “hidup ini penuh dengan liku-liku kehidupan yang kita tidak tahu dimana arah tuju sebenar kehidupan kita”. Tetapi sekuat mana pun dugaan dan cabaran yang melanda terhadap diri kita, ia akan dapat dilalui dengan derita, pengorbanan, dan air mata. Begitulah juga yang dialami oleh shahrin dengan dua orang adik perempuannya. Ibubapa mereka telah meninggalkan mereka selepas sahaja shahrin menduduki peperiksaan SPM apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Shahrin, hanya cukup dengan satu pandangan sahaja membuatkan ramai anak gadis jatuh hati dengan kekacakan aslinya. Fanisha, seorang gadis cantik dan lincah yang digelapkan dengan kemewahan ibubapanya tanpa kasih sayang.
Shahrin tersepit di antara tanggungjawab dan amanah orang tuanya menjaga adik-adiknya serta cinta sejati seorang gadis. Walaubagaimanpun, kehidupannya sebagai anak jati kampung membuatkannya lebih mementingkan amanat orang tuanya. Bagi fanisha,di matanya shahrin amat istimewa yang membuatkannya tidak pernah berputus asa untuk mengambil perhatian shahrin walaupun dia tahu bukan mudah baginya menakhluki hati shahrin. Dalam waktu yang sama, sepupu shahrin, syeira juga menaruh hati terhadap shahrin yang membuatkan fanisha tercabar.
Apakah yang akan berlaku terhadap shahrin dengan adik-adiknya?dapatkah shahrin memegang amanat yang telah diberikan…? Dan dimanakah penghujungnya cinta fanisha terhadap shahrin…antara fanisha dan syeira siapakah yang dapat memecahkan tembok hati  shahrin?
Kata orang “kadang-kadang penantian itu sangat menyeksakan” tapi Bagi fanisha Cinta adalah harus digapainya walau sepahit manapun ia untuk mendapatkannya. tapi bagi shahrin rasa cinta dalam dirinya hanyalah satu mimpi yang tak akan pernah menjadi kenyataan. Biarlah tuhan yang menentukan takdir keatas hidupnya.
Shahrin - kedua-duanya amat istimewa tapi amanat ibubapa saya lebih penting dari segalanya.
Fanisha - setinggi mana pun langit tetap tak setanding dengan cinta suciku.
Syeira - zaman boleh berubah dan manusia pun boleh berubah tetapi mengapakah adat tak bolah berubah?