BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

IF YOU LOVE ME ONLY IN MY DREAMS, LET ME BE ASLEEP FOREVER


"Be your self in your own way"

Saturday, November 20, 2010

The Poetry..!

Saat kita berdiri di bawah sinaran matahari terbenam,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.


Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.


Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.


Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.


Dalam setiap pelukan bukannya angan-angan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.


Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji terpatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu.

Especially for you my beloved..this is our poetry..love you..